Thursday, June 10, 2010

Resipi DJ Blurp Blurp Blurp

Chunky chips
(Hidangan untuk 4 orang)

Bahan2nya :
1 kg kentang
5 bawang putih
Sedikit thyme & rosemary (daun sahaja)
Garam, lada hitam dan minyak zaitun

Cara2nya:
Panaskan ketuhar (oven) ke 220 degree Celsius sambil meletak kan dulang /tray. Potong kentang tadi lebih kurang 1cm dan rebus dengan sedikit garam antara 5 – 7 minit. Setelah direbus alihkan dan tos kan air nya sambil me’lap’kannya menggunakan kertas/tuala. Letak kan kentang dalam tray/dulang dan campakkan aje bawang putih dan herba tadi. Taburkan garam dan lada hitam dengan minyak zaitun tadi. Bakar untuk lagi 10 hingga 15 minit sehingga kentang itu menjadi garing .