Kentang Goreng Berempah
Bahan-bahannya :
1 kilo kentang direbus dengan sedikit garam sampai empuk.
1 biji telor
5 biji bawang merah atau 1 labu bawang besar
2 biji bawang putih
1 sudu besar udang kering
1 sudu kecil lada putih
sedikit kunyit serbuk (optional – untuk berikan warna sahaja!)
Daun sup & daun bawang (dihiris halus)
Sedikit bawang goring (optional - sebagai hiasan )
Caranya :
Kentang rebus tadi dikupas kulit kemudian dipotong dadu besar-besar (tidak seperti inti epok-epok ye!)
Bawang merah & putih, udang kering(rendam dulu) ditumbuk lumat
Panaskan sedikit minyak dikuali kemudian tumis sampai wangi bahan tumbuk tadi masukkan lada putih & kunyit serbuk, gaul sampai mesra. Pecahkan telur gaul lagi sekejap kemudian masukan kentang gaul sampai rata. Masukkan daun bawang dan sop tadi gaul sekejap – siap!
Masukkan dalam pinggan dan taburkan bawang goring dan baki daun sop/bawang tadi.
Tuesday, April 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment